? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click o
? PYZAM.COM
n the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?
SEMPENA tahun baru, setiap orang mempunyai azam untuk dilakukan tetapi biarlah ia lebih fokus supaya tekad yang dilahirkan itu lebih serius dilaksanakan.Bagi pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, azam yang dilakukan jangan terlalu umum."Jika seorang pelajar mahu dapat keputusan yang baik, dia harus nyatakan dalam azam itu sama 7A atau 8A."Cara ini membolehkan pelajar memberi fokus untuk mencapai matlamat,"Beliau berkata, tidak cukup dengan berikrar sebaliknya pelajar perlu menampalkan matlamat ini di tempat belajar supaya mereka tidak lupa. katanya. Mereka hendaklah sentiasa melakukan muhasabah dan memantau kemajuan dan pencapaian yang diperoleh dari semasa ke semasa. Dr Tengku Asmadi mengakui, tidak semua orang mampu mendapat semua A tetapi setiap orang berhak berusaha bagi mendapatkannya. Jika gagal, ia adalah perkara kedua.Beliau berkata, kebanyakan guru membaca air muka, riak wajah, tingkah laku dan tindak balas anda. Bahkan pelajar cemerlang menunjukkan sikap dan reaksi positif dalam kelas mampu dikenal pasti justeru pengalaman berdepan dengan pelajar selama ini banyak membantu. Mereka yang memberikan tumpuan ketika guru mengajar, mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan, pantas bertindak apabila disuruh, memberikan kerjasama sepenuhnya, penampilan diri yang ceria dan kemas, dan memberikan reaksi seperti apa yang guru jangkakan dapat dikenal pasti menerusi pelbagai perkara. Katanya, sesetengah pelajar menjadi murid kegemaran guru hingga sentiasa mendapat perhatian dan pujian dari gurunya. "Untuk berjaya di akhir tahun ia mesti bermula pada awal tahun. Sikap belajar di saat akhir hanya mengundang bebanan dan malapetaka."Alasan mereka apabila belajar lewat akan lebih ingat apa yang dipelajarinya. Alasan ini disebabkan pelajar tidak faham apakah tujuan belajar awal dan belajar ketika menjelangnya peperiksaan. "Belajar awal turut membolehkan pelajar merujuk bukan saja kepada buku teks tetapi beberapa buku tambahan yang lain bagi menambah maklumat selain apa yang telah diajarkan oleh guru," katanya.Menurutnya, belajar awal membolehkan pelajar menghasilkan nota-nota ringkas yang berkualiti untuk digunakan ketika menjelangnya peperiksaan. "Malah, apabila pelajar mula belajar pada awal tahun mereka punya banyak masa untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan apabila ada perkara yang kurang difahaminya."Sebaliknya belajar ketika menjelangnya peperiksaan lebih kepada mengingati fakta dan membuat simulasi peperiksaan," katanya.Beliau yang juga Presiden Persatuan Motivator Muslim Malaysia menasihati pelajar usah terlalu obses untuk mendapat semua A kerana hidup bukan mengenai pencapaian akademik semata-mata. Dia menambah, ramai pelajar cemerlang dalam pelajaran tetapi apabila menghadiri temu duga gagal disebabkan tiada keyakinan diri, lemah berkomunikasi, tiada ciri-ciri kepimpinan dan kurang pengetahuan am. "Perancangan yang seimbang adalah memberikan penekanan terhadap kecemerlangan akademik, kesihatan, sosial, keluarga dan agama. "Jika anda membuat perancangan tahun baru yang mencakupi kelima-lima cabang hidup itu lalu bersungguh-sungguh bertindak merealisasikannya, tidak pelik jika nama kita akan duduk sebaris dengan mereka yang berjaya," katanya.Beliau berkata, dalam keghairahan mencapai matlamat tahun baru, kaji kelemahan dan kesilapan lalu dan perbaikinya agar ia tidak berulang.
2 comments:
hai,saya fidzlin.kunjungilah blog saya.
tapi jgnlah selalu dtg sgt tau.......
Post a Comment